Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini berkisar mengenai kerja sosial pemulihan untuk bekas banduan yang sedang berada di dalam proses integrasi semula dengan masyarakat. Bekas banduan yang baharu dibebaskan dari hukuman pemenjaraan tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang bantuan, bimbingan dan pemulihan. Mereka
memerlukan pemulihan sehinggalah mereka benar-benar “pulih” daripada tabiat cenderung jenayah mereka. Justeru, buku ini mengesyorkan model pemulihan sosial yang dinamakan Program Pascapembebasan dan Jagaan Lanjutan Berasaskan Komuniti untuk bekas banduan yang sedang melalui proses integrasi semula.

Penyertaan bekas banduan di dalam program intervensi sosial ini dijangkakan mampu “merawat”, memulih dan membangunkan semula potensi diri mereka menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berjaya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: