Shopping Cart
Your shopping cart is empty!


Ledakan kemajuan sains dan teknologi khususnya dalam dunia biologi dan perubatan telah membawa pelbagai manfaat kemajuan yang mempengaruhi gaya dan kualiti hidup manusia. Pada masa yang sama, timbul pelbagai persoalan dan polemik yang bukan sahaja memerlukan jawapan dan solusi tetapi turut mengubah cara hidup dan pandang alam manusia sejagat. Pelbagai isu bioetika timbul yang memberi kesan dan impak dalam kehidupan beragama umat Islam. Isu-isu seperti status hukum, keharusan penggunaan, persoalan batas pembangunan dan penggunaan sesuatu teknologi atau terapi baharu merupakan sebahagian daripada persoalan bioetika yang menuntut kepada jawapan dan penyelesaian menurut perspektif Islam. Buku ini membentangkan definisi dan konsep bioetika Islam, ciri-ciri, dan peranannya dalam merungkai polemik bioetika semasa. Buku ini juga mengetengahkan pendekatan Maqasid al-Syariah sebagai dimensi dinamik fiqh Islam dan aplikasinya dalam menganalisis sesuatu perkara atau teknologi baharu seterusnya menawarkan solusi Islami. Buku ini juga turut memaparkan aliran-aliran bioetika konvensional dan perbezaannya dengan bioetika Islam.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: