Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Penghayatan Etika dan Peradaban ini membantu pembaca khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah, kakitangan awam dan warganegara Malaysia yang patriotik untuk menghayati naratif etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik yang beracuan Malaysia. Selaras dengan hasil pembelajaran bagi kursus Penghayatan Etika dan Peradaban yang ditetapkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, buku ini memperjelaskan konsep etika dan peradaban dalam konteks penghayatan bagi memperkukuhkan perspektif pemikiran kritikal dan analitikal dalam memahami dan bersedia menangani kehidupan yang lebih mencabar. Dinamika konsep etika dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarah dari era prakolonial sehingga ke pascakolonial dipersembahkan kepada pembaca secara kritis dan jelas. Selain itu, buku ini mengutarakan perbandingan sistem, tahap perkembangan, kemajuan sosial dan kebudayaan rentas etnik ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia yang berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan pembinaan kesepaduan nasional serta impak globalisasi dan perkembangan teknologi turut diketengahkan. Penghayatan etika dan peradaban yang menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada setiap peringkat masyarakat dan negara dihujahkan dengan perbincangan isu kontemporari berkaitan ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: