Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Tidak wujudnya keraguan yang rock barangkali merupakan antara muzik popular yang paling berpengaruh di Malaysia. Ia telah menempa epok dan kontroversi tersendiri. Namun sehingga kini, tidak wujudnya satu bacaan berautoriti yang dapat menghamparkan perkembangan yang berlaku dalam babak muzik itu sejak 65 tahun yang lepas. Keterbatasan pemahaman mengenai apa yang dianggap “rock” juga menyebabkan muzik itu hanya difahami sebagai genre yang bermula pada era 1980-an. Buku siri pertama ini merupakan jawapan terhadap persoalan-persoalan di atas. Ia memperincikan kronologi babak rock yang berlaku di peringkat nasional bermula dari era 1950-an hinggalah permulaan glam rock Melayu pada tahun 1986. Didukung dengan penyelidikan dasar melibatkan temu bual dengan 187 informan dan sekitar 15 ribu sumber arkib, buku ini bukan sahaja cuba menelusuri sejarah rock di Malaysia namun usaha menulis semula sejarah dan memperbetulkan beberapa kekeliruan. Babak, insiden dan aktor yang dilupakan dalam sejarah perdana dibawa semula ke pengetahuan umum untuk didendangkan. Sering kali, terlalu banyak tumpuan diberikan kepada pemuzik, komposer ataupun penulis lirik. Buku ini bagaimanapun melihat rock sebagai sebuah ekosistem. Bermaksud, muzik rock didukung oleh banyak pihak yang memainkan peranan bersepadu dan tidak sekadar berlingkar dalam ruang album atau konsert. Menggunakan pendekatan dokumentari, pembaca akan dibawa masuk ke setiap zaman yang diperkatakan dan membaca sendiri luahan-luahan dari para aktor yang mengambil bahagian. Pembaca tidak hanya membaca mengenai sejarah atau perkembangan babak rock tetapi juga latar politik dan perubahan budaya yang menyelubungi masyarakat Malaysia dari satu era ke satu era. Ditulis dengan pendekatan separa ilmiah dan tidak ketat, buku ini mampu ditekuni dan ditelaah oleh segenap lapisan masyarakat - dari pengikut atau pengamat veteran sehinggalah ke generasi milenial. Penggunaan sekitar 255 keping foto, artikel dan dokumen berkaitan turut menambah kesan visual pembaca mengenai sesuatu isu atau episod yang diperkatakan. Bagi peminat muzik umumnya dan peminat rock khususnya, buku ini merupakan dokumentasi komprehensif pertama bagi sebuah genre muzik yang sering menerima perhatian untuk sebab yang betul mahupun untuk sebab yang salah.


MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL (Ph.D) merupakan Profesor Madya di Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menulis dua belas buku termasuklah karya jualan laris, Projek Pascaetnik: Melayu dalam DAP (Penerbit UKM, 2018) dan buku yang telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019, Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia: Melewati Pertukaran Rejim (Penerbit Universiti Malaya, 2019). Mempercayai yang tidak wujudnya sempadan untuk mana-mana pengkaji, beliau mengambil keputusan menghasilkan karya luar bidang yang menjadi minat peribadi beliau iaitu mengenai muzik rock di Malaysia.


KANDUNGAN

Bahagian 1: Takrifan, Klasifikasi dan Kedudukan Rock di Malaysia  
Bahagian 2: Era Formasi: Rock Protodan Pop Yeh-Yeh (1955-1969)
Bahagian 3: Era Eksperimental (1): Rock Underground dan Rock Lunak (1970-1977) Bahagian 4: Era Eksperimental (2): Blues dan Rock Klasik (1978-1985)
Bahagian 5: Babak Kelab: The Red Rooster dan Lain-Lain
Bahagian 6: Transisi Ke Glam Rock Melayu: Dari Panggung Anniversari & Kembara Seniman Jalanan (1985-1986)
Bahagian 7:  Era Pelancaran Glam Rock Melayu: Battle of The Bands dan Juara-Juara Rock
Bahagian 8: Tempias Singapura dan Menutup Tirai 1986k (1986)

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: