Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Isu halal sering tular dalam liputan media kerana kesedaran berkenaan halal dalam kalangan pengguna semakin tinggi. Isu-isu tular yang kerap dilaporkan adalah penggunaan logo halal palsu, tempoh sijil halal tamat, penukaran bahan mentah dan lain-lain. Dalam mendepani isu berkaitan halal, bahagian penguatkuasaan dan pemantauan memainkan peranan yang sangat signifikan.
Buku ini menjelaskan berkenaan pemantauan dan penguatkuasaan halal yang dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan utama berkaitan halal seperti Akta Perihal Dagangan 2011, serta perintah-perintah di bawahnya iaitu Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri telah diberi punca kuasa perundangan dalam urusan pentadbiran persijilan halal.
Buku ini memberikan pengetahuan mengenai prosedur pemantauan dan penguatkuasaan halal. Penerangan berkenaan konsep hisbah dari perspektif Islam dan adaptasi kerangka hisbah dalam sistem pensijilan halal akan meningkatkan kefahaman persijilan halal. Keberkesanan pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan halal dapat memantapkan sistem persijilan halal di negara ini.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: