Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Salah satu daripada ciri asasi dan tersendiri fiqh Islamiah adalah kaitan struktural bersifat rabbani antara hukum-hakamnya dengan tujuan-tujuan dan objektif-objektif tertinggi (maqasid). Buku ini akan membantu membentuk kefahaman tentang ciri penting ini dan akan mengkayakan pemikiran serta kesarjanaan yang berorientasikan maqasid.
Taha Jabir al-Alwani, Ph.D.,
Pengerusi Teori Perundangan Islam Universiti Al-Azhar (Mesir),
Presiden, Cordoba University (USA); dan mantan Presiden Majlis Fiqh Amerika Utara.


Buku Jasser Auda yang menggunakan pendekatan sistem pada membicarakan prinsip-prinsip universal tentang keadilan rahmani membentuk suatu mercu kebangkitan di kalangan semua agama dunia sebagai sebuah tindak balas kreatif terhadap landaan taufan bidaah polytheism masa kini yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Bertitik tolak dari abad-abad lesu, beliau telah menghidupkan semula prinsip-prinsip dan objektifobjektif universal fiqh Islamiah klasik yang dikenali dengan maqasid syariah, dalam bentuk pengistilahan moden, sebagai kanun hak-hak asasi manusia yang canggih.
Robert Crane, J.D., Harvard Law School,
Presiden Pengasas, Persatuan Undang-undang Antarabangsa Harvard; bekas Timbalan
Pengarah Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Penasihat kepada
Presiden Nixon.


Buku ini merupakan penyelidikan yang bernas oleh seorang tokoh fiqh yang mahir, menangani suatu topik halus dan sensitif yang mempunyai kesan besar terhadap prosedur ijtihad dalam fiqh Islamiah. Pada anggapan saya Dr. Jasser Auda bukan saja bertujuan mengembangkan dan memperbaharui prosedur-prosedur ini bahkan bercita-cita membina prosedur-prosedur baru juga!
Abdullah Bin Bayyah,
Sarjana Ulung Usul al-Fiqh;
dan bekas Menteri Keadilan dan Perundangan Mauratinia.


Dalam penyelidikan yang merintis jalan ini, Jasser Auda telah mengemukakan pendekatan sistem terhadap falsafah dan teori kehakiman dalam perundangan Islam berasaskan tujuan, hasrat dan objektif tertingginya (maqasid). Bagi memastikan hukum Islam menunaikan tujuan-tujuan asalnya iaitu keadilan, kebebasan, hak-hak asasi, kepentingan awam dan toleransi dalam konteks semasa, Auda mempersembahkan maqasid sebagai hati dan intipati falsafah perundangan Islam. Beliau juga memperkenalkan kaedah baru huraian dan kritikan dengan menggunakan ciri-ciri yang bersesuaian daripada teori sistem seperti holisme, multidimensi, keterbukaan dan khasnya kebertujuan sesuatu sistem. Buku ini berfaedah kepada mereka yang mengkaji secara luas kaitan Islam dengan topik-topik seperti falsafah perundangan, etika, hak-hak asasi manusia, kebersamaan antara agama, masyarakat madani, perpaduan, pembangunan, feminisme, modenisme, pascamodenisme, teori sistem dan budaya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: