Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Agama dan spiritual adalah elemen yang mempunyai ikatan unik yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Keperluan yang semakin meningkat untuk kaunselor mengintegrasi agama dan spiritual dalam kaunseling adalah berdasarkan kepentingan manusia dilihat dalam konteks yang lebih menyeluruh dan holistik dengan elemen agama dan spiritual menjadi bahagian yang signifikan. Proses kaunseling akan menjadi lebih berkesan apabila elemen fizikal, minda dan spiritual (body, mind, and spirit) diintegrasikan. Buku Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling ini diterbitkan bagi memberi panduan dan aplikasi kepada individu yang berminat dalam perkhidmatan menolong terutamanya yang ingin menerapkan elemen agama dan spiritual. Pada waktu ini wujud jurang atau kekurangan perhatian kepada agama dan spiritual dalam bidang kaunseling. Hal ini kerana antaranya terdapat jurang antara psikologi dengan agama, wujudnya konflik antara sains dengan agama dan spiritual, kepercayaan bahawa agama dan spiritual adalah hak ilmuwan agama, kekurangan latihan untuk menyatukan agama dan spiritual ke dalam amalan klinikal dan pengamal kesihatan mental tidak dapat menangani isu berkaitan agama dan spiritual. Justeru elemen agama dan spiritual amat penting untuk diintegrasi dalam kaunseling kerana dengan mengintegrasi elemen agama dan spiritual dalam kaunseling akan dapat membantu klien mengubah tingkah laku dan persepsi mereka daripada negatif kepada positif. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pentingnya kaunselor di negara ini mempunyai kepekaan tentang agama dan spiritual klien dalam kehidupan pelbagai budaya. Hal demikian adalah penting untuk mengintegrasi agama dan spiritual dalam kaunseling bagi mempertingkatkan keberkesanan sesi kaunseling. Perkara ini juga secara tidak langsung memberikan maklumat dan kesedaran kepada bakal kaunselor untuk mendalami ilmu agama dan spiritual klien dalam situasi pelbagai budaya agar dapat memberikan perkhidmatan kaunseling dengan lebih berkesan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: